Pekerja Bangladesh maut cuba ambil mempelam
Bernama
Mei 8, 2014 15:27 MYT
Mei 8, 2014 15:27 MYT
Seorang pekerja kilang papan warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari bumbung kilang ketika cuba mengambil buah mempelam di Kampung Wakaf Tapai tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata mangsa ditemui penyelia kilang tempat dia bekerja dalam keadaan terbaring di atas simen dengan berlumuran darah kira-kira 12.10 tengah malam.
"Penyelianya pada mulanya dimaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sewanya. Penyelia itu lalu mencari mangsa di sekitar kawasan kilang dan menemuinya terbaring berhampiran kawasan kilang itu," katanya pada Bernama.
Mangsa dipercayai memanjat bumbung kilang setinggi enam meter untuk mengambil buah sebelum dia terjatuh dan cedera parah di kepala serta badan.