Pekerja asing ada permit boleh kembali bekerja semula
Astro Awani
Julai 16, 2020 15:04 MYT
Julai 16, 2020 15:04 MYT
Pekerja warga asing yang mempunyai permit dan berada di Malaysia dibenarkan untuk kembali berkerja apabila sektor mereka beroperasi semula.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun, kebenaran diberikan dengan syarat mereka menjalani ujian saringan COVID-19.
"Terdapat ramai pekerja warga asing yang ada permit kerja dan apabila sektor kerja mereka ditutup mereka tidak boleh bekerja. Jadi oleh sebab sektor dibuka, jadi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri memutuskan apabila sektor dibuka dan apabila mereka mula kerja, mereka dibenarkan terus kerja.
"Walau bagaimanapun, untuk warga asing ini mereka perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum pulang ke tempat kerja," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini pada Khamis.
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#Parlimen
#ujian saringan
#warga asing