Kerajaan komited untuk memberikan sokongan kepada pekebun-pekebun kecil untuk terlibat dengan sektor pertanian yang berskala besar.
Menurut perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, konsep pertanian estet mampu meningkatkan hasil keluaran dan pendapatan pengusaha bidang pertanian.
Bagaimanapun, ujar Dr Mahathir, usaha tersebut tidak harus diletakkan di bahu kerajaan sahaja, sebaliknya ia perlu melibatkan sokongan sektor swasta.
“Khazanah (Nasional Bhd), tetapi tidak perlu kerajaan sahaja memasuki bidang ini, sektor swasta juga perlu buat.
“Khazanah dulu melabur luar negara kerana keadaan iklim pelaburan di Malaysia pada masa itu sendiri tidak begitu baik kerana pemerintahan ketika itu tidak memberikan galakan.
"Jadi, mereka terpaksa melabur (di luar negara) bagi mendapatkan keuntungan," kata beliau pada sidang media bersama media Malaysia, di sini, pada Sabtu.
Sebelum itu, Perdana Menteri berpeluang melawat Green Tech Farm di bandar Baku bagi melihat sendiri hasil tanaman dan pengeluaran buah tomato yang diusahakan syarikat makanan konglomeret terbesar di Azerbaijan, Azersun.
BACA: Dr Mahathir berpeluang rasai kesegaran buah tomato Azerbaijan
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata selain mempunyai sistem teknologi moden, kejayaan Green Tech Farm dalam pengeluaran buah tomato adalah kerana ia diusahakan secara besar-besaran.
Jelas beliau, pengusaha ladang di Malaysia mempunyai kemahiran yang terhad dan tidak mampu menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.
"Kita tidak ada pertanian atau sayur seperti di sini (besar-besaran). Kita memang cekap dalam bidang perladangan besar seperti kelapa sawit dan getah, tetapi untuk penanaman besar seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga, ia tidak ada usaha yang serius.
"Sektor ini diusahakan kecil-kecilan sahaja, dan ini tidak akan memberi pulangan yang banyak," katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 26 2019
Dr Mahathir Mohamad diberi penerangan mengenai buah tomato yang ditanam dengan sistem berteknologi di Green Tech Farm, Baku, Azerbaijan pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Pekebun kecil diseru manfaat pertanian berskala besar
Dr Mahathir Mohamad percaya konsep pertanian estet mampu meningkatkan hasil keluaran dan pendapatan pengusaha bidang pertanian.
Dr Mahathir berpeluang rasai kesegaran buah tomato Azerbaijan
Dr Mahathir Mohamad berpeluang melawat dan merasai keenakan buah tomato - yang ditanam dengan sistem berteknologi di Green Tech Farm, Baku, pada Sabtu.