Pekan Kuala Nerang dilanda banjir kilat malam ini

Bernama
September 27, 2024 23:56 MYT
Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini. - Foto FB Ustaz Nurul Amin Hamid (via Sinar Harian)
ALOR SETAR: Beberapa kawasan di daerah Padang Terap mengalami banjir kilat susulan hujan lebat selama kira-kira dua jam malam ini.
Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan di media sosial, kawasan premis perniagaan di Pekan Kuala Nerang dilaporkan ditenggelami air, termasuk perkarangan Hospital Kuala Nerang
Situasi itu turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Hamid di akaun Facebook beliau dengan menyertakan beberapa keping gambar keadaan banjir di Pekan Kuala Nerang.
"Padang Terap mula banjir malam ni, Pekan Kuala Nerang banyak air naik, doakan kami," tulis beliau.
-- BERNAMA
#Padang Terap #Kuala Nerang #banjir kilat #hujan lebat
;