Pejalan kaki maut dirempuh SUV

Astro Awani
Disember 7, 2020 09:45 MYT
SUV yang merempuh seorang lelaki yang tiba-tiba melintas di MRR2. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gara-gara cuba melintas laluan di lebuh raya, seorang pejalan kaki maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) malam tadi.
Insiden berlaku di Kilometer 12.3 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Ampang ke Gombak.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe, hasil siasatan awal mendapati, mangsa disyaki melintas secara mengejut dari bahu jalan kanan ke kiri.
"Sebuah kereta SUV jenis Honda yang berada di laluan paling laju tidak sempat mengelak lalu merempuh lelaki itu.
"Akibatnya, mangsa tercampak beberapa meter. Mangsa didapati cedera parah di kepala. Manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecerderaan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#rempuh #maut #kemalangan #melintas #laluan #lebuh raya #mrr2 #SUV #kenderaan utiliti sukan #Ampang #Gombak #Arifai Tarawe #tidak sempat mengelak #cedera parah #Hospital Selayang #mengejut
;