Pejabat PM rakam penghargaan kepada bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik

Bernama
Mei 5, 2023 13:00 MYT
Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Menerusi kenyataan hari ini, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik memaklumkan pihaknya akan terus komited memastikan agenda Malaysia Madani serta penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa.
Semalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi.
-- BERNAMA
#pejabat perdana menteri #PMO #Wan Nurzila Wan Abd Rahman #pecat
;