Pejabat permohonan pasport di UTC beroperasi semula 15 Jun
Bernama
Jun 13, 2020 19:40 MYT
Jun 13, 2020 19:40 MYT
Kesemua pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Urban Transformation Centre (UTC) akan beroperasi semula mulai 15 Jun (Isnin) ini.
Menurut kenyataan JIM hari ini, waktu operasi UTC di Semenanjung ialah 8.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari bekerja dan 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hujung minggu.
Sementara bagi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan pula waktu operasi pada hari bekerja dan hujung minggu ialah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
"Hanya pelanggan yang mempunyai janji temu melalui laman web www.sto.imi.gov.my sahaja yang dibenarkan hadir membuat urusan," menurut kenyataan itu.
Pelanggan hendaklah membuat janji temu melalui capaian itu bermula 12 tengah hari Ahad 14 Jun.
-- BERNAMA