Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia

Astro Awani
Mei 15, 2018 14:24 MYT
Dokumen 1MDB sebelum ini telah dikelasifikasikan sebagai Akta Rahsia sebelum ini
Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah mengesahkan kepada Astro AWANI yang mereka amat berminat untuk berjumpa pihak berkuasa Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh OAG adalah seperti berikut:

"Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta."


Kenyataan ini disusuli pula dengan sebuah kenyataan media oleh Jabatan Audit Negara (JAN) Malaysia tentang pengelasan semula dokumen rahsia rasmi laporan pengauditan 1MDB.

JAN telah menyatakan bahawa segala laporan berkenaan dengan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka.

#1MDB #Arul Kanda #Mahathir #najib #razak #SRC