Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan

Bernama
Februari 23, 2025 07:00 MYT
Fahmi berkata, RM40,000 diperuntukkan sebagai sumbangan kepada surau-surau di bawah Parlimen Lembah Pantai bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Pejabat Parlimen Lembah Pantai menyalurkan sumbangan sebanyak RM40,000 kepada 40 surau di kawasan Parlimen itu bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh sempena ketibaan Ramadan 1446H.
"Semoga segala amalan kita pada bulan Ramadan kali ini lebih bermakna dan lebih baik daripada tahun yang sebelumnya," katanya dalam hantaran di X malam tadi.

Alhamdulillah, hari ini sebanyak RM40,000 telah diperuntukkan sebagai sumbangan kepada surau-surau di bawah Parlimen Lembah Pantai bagi menyemarakkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan. Sumbangan ini diberikan dalam bentuk tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap 40 surau untuk pic.twitter.com/VLeRcgD1hA

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) February 23, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #Ramadan #sumbangan #moreh #Parlimen Lembah Pantai
;