Pejabat kerajaan musnah dalam kebakaran

Astro Awani
Julai 16, 2018 16:31 MYT
Premis pejabat dengan struktur separuh kekal itu telah terbakar sepenuhnya. - Foto JBPM
Sebuah pejabat dua tingkat milik kerajaan musnah dalam satu kebakaran di Lawas, Sarawak tengah hari tadi.
Premis pejabat dengan struktur separuh kekal itu terbakar sepenuhnya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian pada jam 11.31 tengah hari itu, sebaik terima panggilan pasukan Balai Bomba Lawas (BBL) diketuai PBK II Celica Thomas dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke tempat kejadian.
Katanya, ketika kejadian cuma dua daripada enam kakitangan berada dalam pejabat berkenaan.
"Api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.
Katanya, bomba yang tiba di lokasi bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan pili pada jaraknya 100 meter.
Pasukan bomba turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta PDRM dan RELA.
Turut berada dl lokasi ialah Daboil Lasong, Ketua Pentadbir Pejabat Daerah Kecil Trusan dan Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim.
#bomba #kebakaran #Lawas #operasi #pejabat kerajaan
;