Pejabat JSJ di bangunan IPK Pahang terbakar

Astro Awani
Jun 6, 2021 20:14 MYT
Kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang yang terletak di tingkat tiga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini mengalami kebakaran kecil.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Kejadian itu disedari anggota yang bertugas dan segera menghubungi bomba," katanya di sini, pada Ahad.
Sementara itu, jurucakap bomba berkata, empat jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.05 petang.
Katanya, punca kebakaran masih disiasat.
#IPK Pahang #terbakar #tingkat tiga #tiada kemalangan jiwa #Timbalan Ketua Polis Pahang #Mohd Yusri Hassan Basri
;