Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur

Bernama
Ogos 19, 2022 09:00 MYT
Memorandum persefahaman ditandatangani Ravi dan Mohd Husairi yang mewakili organisasi masing-masing. - Foto Hindustan Aeronautics Limited
NEW DELHI: Syarikat aeroangkasa dan pertahanan India Hindustan Aeronautics Limited (HAL) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk membuka pejabat di Kuala Lumpur bagi meneroka tawaran baharu di Asia Tenggara.
"Pejabat di Malaysia akan membantu HAL dalam memanfaatkan peluang perniagaan baharu untuk jurulatih utama pejuang (FLIT) LCA dan keperluan lain Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti naik taraf Su-30 MKM dan Hawk," kata HAL dalam satu kenyataan pada Khamis.
MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Besar HAL (pesawat tempur ringan) Ravi K dan Mejar (Bersara) Mohd Husairi Mat Zain dari syarikat Malaysia Forte Drus, wakil rasmi HAL di Malaysia.
India membida untuk menjual 18 LCA Tejas kepada Malaysia dengan mengemukakan cadangan itu pada Oktober 2021.
"Keputusan akhir tender dijangka akan diumumkan tidak lama lagi oleh pihak berkuasa Malaysia. LCA Tejas mempunyai peluang yang adil untuk dipilih dalam bidaan itu kerana ia memenuhi semua syarat yang dicari oleh TUDM," kata HAL dalam kenyataannya.
-- BERNAMA
#Hindustan Aeronautics Limited #India #pejabat di Kuala Lumpur #TUDM
;