Pejabat Agama Islam Kuching disanitasi dua hari, pernikahan ditunda
Alexandra Lorna
Mac 12, 2021 14:50 MYT
Mac 12, 2021 14:50 MYT
KUCHING: Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching ditutup kepada orang ramai buat sementara waktu bermula 12 hingga 13 Mac ini bagi tujuan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman.
Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pejabat berkenaan yang berada di Aras 10, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kuching ditutup sementara dan akan beroperasi semula pada Isnin, 15 Mac depan.
“Pihak-pihak yang telah melakukan temu janji akad nikah pada tarikh tersebut akan dihubungi atau boleh menghubungi Bahagian Kemajuan Keluarga Islam di talian 082-507075/ 232050 untuk penetapan semula lokasi akad nikah samada di aras 3 atau aras 11 Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, kehadiran bagi majlis akad nikah tersebut di hadkan maksima lima (5) orang iaitu pasangan pengantin, wali dan keluarga sahaja.