Pejabat ADUN DAP Prai, P Ramasamy, dilempar molotov cocktail

Astro Awani
April 12, 2016 10:50 MYT
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari pekerja pejabat, selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu. - Gambar fail
Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Prai, Prof P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang di lontar molotov cocktail awal pagi tadi.
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari seorang pekerja di pejabatnya, selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
Pemeriksaan mendapati hanya berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu premis berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Chai Leng Park sejurus kejadian tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
#ADUN Prai #pejabat adun prai dilempar molotov cocktail #Profesor P. Ramasamy
;