Peguam Negara kaji draf akhir pindaan akta berkaitan pekerja - Kula
Wan Syamsul Amly
Mac 21, 2019 17:50 MYT
Mac 21, 2019 17:50 MYT
Draf akhir berkaitan pindaan Akta Pekerjaan 1955, Akta Minimum Akta Perumahan dan Kemudahan 1990 serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, pihaknya juga menjangka undang-undang ini akan dibentangkan di Parlimen pada April ini.
"Kita akan menyediakan polisi yang tidak diubah selama 25 tahun, untuk menjadikan Mahkamah Perusahaan dan akta berkaitan dijalankan dengan lebih profesional.
"Ia termasuk masalah sama di Mahkamah Buruh yang perlu beberapa tindakan. Kini tidak ada keseimbangan untuk Akta Kerja Semenanjung dan Sabah di mana ada beberapa tidak berpihak kepada pekerja. Kita akan mohon seimbangkan dalam Akta Semenanjung dan Sabah serta Sarawak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, mesyuarat itu turut membincangkan cadangan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan (NHRP) yang dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti sumber manusia.
Jelasya, enam teras di bawah NHRP akan memberi tumpuan kepada mengutamakan rakyat dalam pekerjaan selaras keperluan ekonomi negara, menjamin hak pekerja dan majikan dalam mengekalkan dan meningkatkan hubungan perindustrian yang kondusif dan harmoni serta meningkatkan tadbir urus pada pekerjaan, keselamatan dan perlindungan tempat kerja.
Selain itu ia turut membekalkan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif, peningkatan penyelidikan sumber manusia dalam penemuan yang berkaitan kelak.
#ekonomi
#keselamatan
#kesihatan
#mahkamah
#Media
#menteri
#Parlimen
#Peguam Negara
#rakyat
#undang-undang