Peguam Negara diminta bercuti - PM

Hafiz Marzukhi
Mei 14, 2018 18:19 MYT
Apandi diminta bercuti sementara siasatan dibuat mengenai dakwaan tentang penglibatannya dalam beberapa isu kerajaan sebelum ini. - BERNAMA/Fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah meminta Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali 'bercuti' sementara siasatan dibuat mengenai dakwaan tentang penglibatannya dalam beberapa isu kerajaan sebelum ini.
"Kita ada menerima aduan berhubung tingkah lakunya sebagai Peguam Negara. Namun, sehingga kini, tiada aduan rasmi atau formal yang dibuat terhadapnya.
"Oleh itu, kita memintanya untuk bercuti sementara siasatan dibuat," kata Dr Mahathir.
Selain itu, berkenaan peletakan jawatan Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mahathir berkata itu pilihan beliau.
"Kami akan menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan tiada salah laku dalam kalangan pegawai-pegawai," tambahnya.
#Dzulkifli Ahmad #MalaysiaMemilih #Mohamed Apandi Ali #Peguam Negara #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Tun Dr Mahathir Mohamad
;