Peguam Negara akan wartakan penggunaan MySejahtera di setiap premis - Ismail Sabri

Fareez Azman
Ogos 3, 2020 14:47 MYT
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara itu dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin. Gambar: Fail
Pejabat Peguam Negara akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negara.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mendapati ada premis yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera.
"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP buat keputusan setiap premis perniagaan mesti meggunakan aplikasi MySejahtera. Walau bagaimanapun, mereka dibenarkan juga untuk menggunakan aplikasi lain - sebagai contoh di Selangor ada (aplikasi) Selangkah.
"Tapi MySejahtera wajib ada. Peguam Negara akan wartakan untuk mewajibkan penggunaan MySejahtera ini. Pengeculian hanya dibenarkan di kawasan luar bandar, bandar kecil tidak mempunyai internet dan mereka masih boleh menggunakan secara manual,"katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Isnin.
#ismail sabri yaakob #Media #Menteri Kanan Pertahanan #MySejahtera #Peguam Negara #Pelaksanaan PKP #PKP #Sidang media
;