Peguam mohon perintah larangan bersuara kes Zayn Rayyan

Sinar Harian
Jun 13, 2024 11:00 MYT
Fahmi (kiri) dan Mahmud (kanan) ketika ditemui di Mahkamah Petaling Jaya hari ini. - Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di sini hari ini agar masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.
Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.
Peguam Fahmi Abd Moin mewakili bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari sementara Mahmud Jumaat mewakili ibunya, Ismanira Abdul Manaf.
Terdahulu hari ini, ibu bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu. - Sinar Harian
#perintah larangan #larangan bersuara #Zayn Rayyan #Mahkamah Sesyen
;