Peguam Michael Persius Ubu dikenakan reman tujuh hari

Ruzaini Zulkepli
Jun 13, 2020 14:12 MYT
Michael Persius Ubu hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira pukul 9.40 pagi dan keluar dari kamar mahkamah pukul 10.32 pagi Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan reman tujuh hari kepada peguam, Michael Persius Ubu.
Majistret, Lovely Natasha Charles memberikan perintah tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Micheal lengkap berbaju jingga Lokap SPRM, hadir ke Mahkamah Kota Kinabalu, kira-kira pukul 9.40 pagi dan keluar dari kamar mahkamah pukul 10.32 pagi Sabtu.
Micheal yang juga merupakan salah seorang 21 peguam dikehendaki di negara ini hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kota Kinabalu, pada Jumaat, sebelum ditahan.
Beliau sebelum ini diburu oleh pihak SPRM sejak tahun 2017 berhubung siasatan kes berkaitan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Sabah.
Terdahulu, permohonan reman tersebut dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin manakala Micheal diwakili peguam, Zahir Shah.
#Kota Kinabalu #Mahkamah Kota Kinabalu #Michael Persius Ubu #peguam #reman tujuh hari #Seksyen 409 Kanun Keseksaan #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
;