KUALA LUMPUR: Peguam, Mahmud Abdul Jumaat pada Isnin tampil memberi penjelasan, dengan memaklumkan masih mewakili ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang kini ditahan reman sehingga 13 Jun depan.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata, keputusan mewakili Ismanira Abdul Manaf dibuat atas pertimbangan selepas berjumpa dengan keluarga mereka.
Tegas beliau lagi, tumpuan ketika ini adalah semua pihak berdoa agar keadilan buat arwah Zayn Rayyan dapat ditegakkan.
"Apapun saya ucapkan terima kasih kepada keluarga Isma (ibu arwah Zayn Rayyan) atas pencerahan yang dibuat dengan mengesahkan bahawa kami sememangnya membantu keluarga mereka dari awal kes.
"Orang berbudi kita berbahasa. Kalau tidak mahu ucapkan terima kasih sekalipun sekurang-kurangnya janganlah kita sakiti hati orang membantu kita," katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.
Menerusi kenyataan sama, Mahmud turut menafikan pelantikan beliau sebagai peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan sebelum ini atas inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti didakwa oleh datuk kanak-kanak berkenaan, Zahari Mohd Reba.
Katanya, pada 31 Mei lalu beliau dihubungi oleh keluarga bapa Zayn Rayyan pada jam 11 malam memaklumkan ibu bapa kanak-kanak itu akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman.
Ujar Mahmud, beliau dengan ikhlas hati ingin membantu kerana bersimpati pada pasangan suami isteri yang sudah kehilangan anak dan kini direman atas sebab orang yang disyaki (OYDS).
"Waktu itu saya tidak terfikir ini bakal menjadi satu isu yang akan dibangkitkan oleh pihak keluarga bapa arwah Zayn Rayyan.
"Walhal tiada kewajipan untuk surat perlantikan peguam secara rasmi bagi kes jenayah. Asalkan pihak OYDS atau wakil keluarga OYDS sudah setuju untuk melantik peguam tersebut sudah memadai.
"Apatah lagi sebelum saya masuk ke dalam mahkamah, telah saya sahkan dengan keluarga ibu bapa sendiri untuk memberikan amanah ini kepada saya bagi bantahan reman.
"Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa saya memang ada di mahkamah pada hari tersebut, hanya kami peguam yang dipanggil oleh keluarga mereka. Kalau tak lantik kami, kami dipanggil untuk jadi apa?," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata telah dihubungi oleh datuk arwah Zayn Rayyan melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad mengenai isu terbabit dan Zahari memohon maaf tentang apa yang berlaku.
"Saya harap isu perlantikan peguam tidak lagi berbangkit selepas ini," tambah beliau.
Pada 4 Jun lalu, Mahmud yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan mengambil keputusan menarik diri sebagai peguam pasangan itu berikutan mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.
Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung kali kedua selama enam hari lagi sehingga Rabu depan.
Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 10 2024

Mahmud dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu berkata keputusan mewakili Ismanira Abdul Manaf dibuat atas pertimbangan selepas berjumpa dengan keluarga mereka. - Foto/Fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke lokasi kejadian
Suspek wanita itu tiba kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.