Pegawai SPRM hadir ambil dokumen di ibu pejabat FGV

Rahimah Abdullah
Jun 8, 2017 04:13 MYT
Lebih sepuluh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba kira-kira jam 10 pagi di Menara Felda hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Lebih sepuluh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di Ibu Pejabat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat itu.
Mereka tiba kira-kira jam 10 pagi di Menara Felda di sini hari ini.
Media berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak jam 9 pagi bagi mendapatkan liputan lanjut mengenai perkara itu.
Petang semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad tampil memberikan keterangannya kepada SPRM.

Lebih 10 pegawai SPRM tiba di Ibu Pejabat FGV bg mengambil dokumen siasatan ke atas syarikat itu. @501Awani pic.twitter.com/ur5tamL2L1

— Rahimah Abdullah (@miss_juma_8086) June 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Felda #FGV #Media #Rasuah #siasatan #SPRM #Zakaria Arshad