Pegawai SPRM direman bantu siasatan kes peras ugut polis

Astro Awani
Jun 10, 2017 13:58 MYT
Suspek yang berusia 37 tahun dan bertugas di Unit Risikan ibu pejabat SPRM Putrajaya diberkas di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok. -Gambar fail
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman tiga hari bagi membantu siasatan kes memeras ugut anggota polis.
Perintah reman itu dikeluarkan majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit kira-kira jam 11 pagi di Bukit Mertajam.
Dalam operasi khas Jumaat malam, suspek yang berusia 37 tahun dan bertugas di Unit Risikan ibu pejabat SPRM Putrajaya diberkas di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok.
Polis turut merampas wang tunai RM3,000 dan dua kelongsong peluru 9mm daripada suspek.
Suspek dipercayai bertindak memeras ugut anggota polis dengan menetapkan bayaran RM3,000 setiap bulan bagi mengelak risiko ditangkap oleh SPRM.
#Nurul Rasyidah Mohd Akit #peras ugut #Rasuah #SPRM
;