Pegawai polis maut kemalangan

Sinar Harian
Februari 1, 2022 23:54 MYT
Mangsa, Inspektor Mohamad Faez Paiman, 30, merupakan pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Kilometer 0.4, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, pada Selasa.
Mangsa, Inspektor Mohamad Faez Paiman, 30, merupakan pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi di Kilometer 0.4 Lebuhraya Duke dari arah pusat bandar menghala ke Gombak.
"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda RS150.
"Ketika kejadian, mangsa menunggang Yamaha LC135 dari arah Jalan Kuching menghala ke Plaza Tol Sentul," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan motosikal jenis Honda RS150.
"Mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
"Penunggang Honda RS150 cedera di bahagian kaki serta kepala serta dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
#pegawai polis #kemalangan #motosikal #Lebuhraya Duta Ulu Klang #DUKE #Inspektor Mohamad Faez Paima
;