Pegawai polis ditahan SPRM bantu siasatan kes terima suapan

Astro Awani
Oktober 16, 2018 09:10 MYT
Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM10,000, semalam.
Lelaki berusia 30 tahun, ditahan kira-kira pukul 7.45 malam di sebuah Balai Polis sekitar Kota Padawan, Sarawak.
Menurut sumber, suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai meminta suapan RM10,000 daripada orang awam sebagai dorongan bagi melindungi pesalah daripada diambil tindakan atas kesalahan melakukan kekasaran.
Suspek yang bertugas yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta seorang penjamin, hari ini.
#Kota Padawan #polis #SPRM #suapan #suspek
;