Pegawai perubatan tambahan atasi masalah ketiadaan staf

Sinar Harian
Disember 31, 2024 08:30 MYT
DR DZULKEFLY: Perkara ini tidak wajar berlaku, di mana pegawai yang telah ditugaskan tidak menjalankan tugas seperti diarah demi kemaslahatan awam. - Gambar fail
SHAH ALAM: Seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) tambahan telah ditempatkan bagi mengatasi isu ketiadaan staf susulan ditamatkan kontrak yang dipercayai berlaku di sebuah klinik kesihatan di Tuaran, Sabah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penambahan itu bagi memastikan jadual atas panggilan di klinik-klinik masih dapat digerakkan dan tidak terjejas.
“Perkara ini tidak wajar berlaku, di mana pegawai yang telah ditugaskan tidak menjalankan tugas seperti diarah demi kemaslahatan awam.
“Namun begitu, ini tidak menjejaskan operasi atas panggilan atau operasi harian kerana pegawai perubatan, jururawat, PPP lain dan pemandu turut bertugas sepanjang tempoh yang dimaksudkan,” katanya dalam hantaran di X pada Isnin.
Sebuah hantaran pada Ahad tular di media sosial menunjukkan papan notis di sebuah klinik kesihatan negeri yang memaklumkan tidak ada pegawai bertugas sejak Isnin minggu lalu susulan masalah kekurangan staf kerana telah ditamatkan kontrak.
Dr Dzulkefly turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membawa isu berkenaan kepada pengetahuannya.

Salam MADANI semua Ribuan TK kerana membawa isu ini kepengetahuan saya. Perkara ini tidak wajar berlaku, dimana pegawai yg telah ditugaskan tidak menjalankan tugas seperti yg di arah demi kemaslahatan awam. Namun begitu, ini tidak menjejaskan operasi atas panggilan https://t.co/dT08Z7CtHH

— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) December 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ujar beliau, pada masa sama, staf yang bertugas atas panggilan seperti pegawai perubatan, jururawat dan pemandu turut disokong oleh perkhidmatan kecemasan yang juga sentiasa boleh diakses melalui MERS999.
“Perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk perkhidmatan kecemasan melalui MERS999, sentiasa disediakan untuk mereka yang memerlukan,” ujarnya. - Sinar Harian
#Dzulkefly Ahmad #klinik kesihatan di Tuaran #isu ketiadaan staf #kontrak ditamatkan
;