Pegawai KKM, pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Bernama
Oktober 10, 2022 18:33 MYT
Oktober 10, 2022 18:33 MYT
KUALA LUMPUR: Dua pekerja restoran dan seorang pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas yang bocor di dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Pandan di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba Shah Alam dan Tun Razak digegaskan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan pada 9.55 pagi.
Beliau berkata pegawai KKM berkenaan pengsan selepas masuk ke dalam restoran tersebut bagi membantu dua pekerja wanita yang turut pengsan.
"Ketiga-tiga mereka dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan manakala restoran itu ditutup sementara siasatan dijalankan," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA