Pegawai kanan polis meninggal dunia di pejabat

Sinar Harian
Mei 18, 2022 10:20 MYT
Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pegawai lelaki berusia 42 tahun yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 malam.
"Siasatan di lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.
"Punca kematian pegawai terbabit disyaki akibat serangan jantung," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.
Beliau berkata, jenazah pegawai terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/202794/BERITA/Semasa/Pegawai-kanan-polis-meninggal-dunia-di-pejabat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
#PDRM #pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan #meninggal dunia di pejabat #Menara KPJ
;