Pegawai kanan polis IPK Terengganu ditahan SPRM

Nur Fazlizai Ali
November 19, 2019 18:22 MYT
Pegawai kanan polis itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan. - Gambar Fail
Seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu pada Isnin dan direman selama enam hari sehingga Ahad.
Ia bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima suapan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tangkapan tersebut.
Bagaimanapun Aidi enggan mengulas lanjut berhubung kes terbabit kerana masih dalam siasat SPRM.
"Saya tidak tahu kes mana dia ditahan atas aduan laporan yang dibuat SPRM dan tangkapan dibuat bagi membantu siasatan," katanya kepada Astro AWANI.
Difahamkan pegawai kanan terbabit ditahan bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan bernilai RM80,000.
#Astro #Astro Awani #Malaysia #polis #Rasuah #siasatan #SPRM
;