Pegawai kanan Menteri Sumber Manusia ditahan SPRM

Astro Awani
April 13, 2023 08:43 MYT
Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di kementerian itu pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di kementerian itu pagi tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI.
Astro AWANI difahamkan, penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek telah menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan.
Difahamkan terdapat individu lain yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan ini.
#Azam Baki #SPRM #Pegawai kanan Menteri Sumber Manusia #Menteri Sumber Manusia V Sivakumar