Pegawai kanan FGV direman lima hari

Bernama
Mac 3, 2019 13:40 MYT
Pegawai kanan FGV Holdings Berhad yang ditahan SPRM semalam direman lima hari mulai hari ini. -Gambar fail
Pegawai kanan FGV Holdings Berhad (FGV) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan bernilai RM10,000.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), suspek berusia 50 tahun itu direman hingga Khamis ini.
“Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman membenarkan tempoh tahanan reman terhadap suspek selama lima hari bagi membantu siasatan kes itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Pegawai kanan itu ditahan di sebuah restoran di Taman Prima Saujana, Kajang dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Individu itu dipercayai menerima bayaran berkenaan sebagai dorongan untuk mengesyorkan perlanjutan kontrak sebuah syarikat perkhidmatan kerja pengauditan persijilan antarabangsa untuk kilang sawit di bawah kelolaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
#FGV #FGV Holdings Berhad #GLC #pegawai kanan ditahan #restoran di Taman Prima Saujana #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #syarikat berkaitan kerajaan
;