Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Bernama
Mei 6, 2024 19:13 MYT
Mei 6, 2024 19:13 MYT
KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusi berkenaan Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
"KADA menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan tugas mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga pegawai kanan agensi kerajaan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di sini kerana disyaki menerima rasuah bagi pelbagai projek.
Seorang lagi pegawai kanan agensi terbabit yang disiasat atas dakwaan tuntutan palsu ditahan pada 30 April lepas.
-- BERNAMA