Pegawai direman terima rasuah beri layanan istimewa kepada banduan di penjara
Bernama
April 3, 2023 13:50 MYT
April 3, 2023 13:50 MYT
KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi penguatkuasaan direman lima hari bagi membantu siasatan atas dakwaan menerima wang rasuah berjumlah RM2,500 daripada keluarga seorang banduan,
Rasuah itu adalah bagi membenarkan banduan itu menerima layanan istimewa di penjara.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood, bermula hari ini hingga Jumaat (7 April).
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman pada 1.30 tengah hari semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.
-- BERNAMA