YAN: Seorang pegawai bomba bantuan cedera selepas digigit seekor beruang matahari yang sesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah, dekat Sungai Limau Yan, di sini, hari ini.
Mangsa Mohamad Nizam Hamid, 27, mengalami kecederaan parah terputus urat pergelangan tangan ketika cuba mengepung beruang itu untuk ditangkap.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, PPgB Noorhamidi Ali, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi dan sepasukan anggota dihantar ke lokasi.
Katanya, setiba di lokasi anggota bomba bersama penduduk kampung cuba mengepung beruang itu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba beruang matahari itu bertindak agresif dan cuma menyerang anggota bomba.
Beliau berkata, sementara menanti ketibaan pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), anggota bomba cuba mengawal beruang berkenaan supaya tidak lari.
“Ketika (cuba mengawal) beruang itu jadi agresif (dan) kebetulan anggota saya berada di hadapan beruang, jadi bila dia (beruang) hendak lari, beruang itu terkam (anggota) cuba lari dan tergelincir dalam sawah dan ketika itu beruang berkenaan gigit tangan kiri dia (anggota),” kata Noorhamidi.
Noorhamidi berkata, mangsa diselamatkan anggota bomba yang lain dan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Yan dan terus dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut.
Katanya, susulan itu anggota yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk menjalani pembedahan.
“Tangan kiri dia dimaklumkan setakat sekarang mengalami kecederaan kemungkinan ada urat putus,” jelas Noorhamidi.
Beliau berkata, sehingga kini operasi menangkap beruang matahari itu sedang dilakukan dengan bantuan Perhilitan Negeri Kedah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 02 2023
Seekor beruang matahari yang sesat di Kampung Kabu Sepuluh, Selengkoh Tengah, dekat Sungai Limau Yan, Yan, hari ini menggigit seorang pegawai bomba bantuan sehingga mengakibatkan urat pergelangan tangannya putus. - Gambar ihsan Bomba
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Biasa usung mayat, kali ini angkat jenazah ibu maut kemalangan
Muhammad Farid berkata, kemalangan yang mengorbankan ibunya, Norhamidah Kamar, 59, pada Khamis amat dirasai.
Khidmat Pegawai Bomba Bantuan dilancar
Anggota PBB akan menerima latihan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.