Pegawai, anggota polis antara yang ditahan terlibat pertubuhan haram

Bernama
Januari 22, 2023 22:10 MYT
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa ketika mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak Bukit Aman setelah siasatan selesai. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram, di sekitar Dungun, Jumaat lepas.
Menurut sumber tangkapan kesemua suspek dilakukan menerusi Op Selendang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan kerjasama PDRM Terengganu.
Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Difahamkan pertubuhan haram itu mulai aktif di daerah Dungun mulai 2021.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan sidang media mengenai perkara itu akan diadakan oleh pihak Bukit Aman setelah siasatan selesai.
-- BERNAMA
#pegawai #anggota polis #pertubuhan haram #Dungun
;