PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan berkuat kuasa 5 Julai

Bernama
Jun 4, 2021 07:00 MYT
PDRM umum pertukaran tujuh pegawai kanan berkuat kuasa 5 Julai. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Sabah, Supt Zairolnizal Ishak antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 5 Julai depan.
Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Zairolnizal dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Sabah.
Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Terengganu DSP Shuhaimi Jusoh dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kelantan dengan memangku pangkat Supt.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Negeri Sembilan DSP Kamarul Rizal Jenal dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan memangku pangkat Supt.
"Pertukaran lain melibatkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang DSP Mohammad Shofee Tayib yang akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, Johor dengan memangku pangkat Supt," katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Kelantan DSP Wan Mohd Sokri Wan Yusoff pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Pahang dengan memangku pangkat Supt.
-- BERNAMA
#Polis Diraja Malaysia #PDRM #Jabatan Siasatan Jenayah #Zairolnizal Ishak #Skandaguru #Shuhaimi Jusoh #Kamarul Rizal Jenal #Mohammad Shofee Tayib
;