PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja

Astro Awani
Mei 29, 2024 12:04 MYT
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kepada seorang kerabat diraja di sebuah hotel semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.
"Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Dalam masa sama, pihaknya mengesahkan pengadu dalam kes ini seorang orang kurang upaya (OKU).
Terdahulu, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya.
Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
#Mohd Shuhaily Mohd Zain #OKU #PDRM #TMJ
;