PDRM tahan 745 individu, berikut lima perkara penting sidang media PKP hari ini
Astro Awani
Februari 9, 2021 19:49 MYT
Februari 9, 2021 19:49 MYT
KERAJAAN membenarkan baki sektor peruncitan untuk kembali beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran ini diberikan demi memastikan ekonomi rakyat terutama peniaga kecil tidak terjejas.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media PKP pada 9 Feb:
1) PKPD di Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan ditamatkan 10 Feb
2) PKPD di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Perak ditamatkan 10 Feb
3) PKPD di PTP Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara Zon 2 dan Zon 3, Penjara Marang ditamatkan 10 Feb
4) PDRM tahan 745 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP, 701 dikompaun, 41 direman, 3 dijamin
5) Op Benteng tahan tiga PATI, rampas enam buah kenderaan darat