PDRM sedia hadapi PRU14 - Ketua Polis Negara
Astro Awani
Mac 27, 2018 18:07 MYT
Mac 27, 2018 18:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengerahkan lebih 70,000 anggotanya di seluruh negara untuk memastikan keselamatan orang ramai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun.
Jumlah itu adalah 69 peratus daripada jumlah keseluruhan anggota polis seramai 130,401 orang.
”Langkah keselamatan yang diambil bukan untuk menyusahkan tapi untuk memastikan keadaan negara kita selamat dan rakyat boleh keluar mengundi secara aman,” kata Mohamad Fuzi.
Bukan itu sahaja, PDRM juga akan menempatkan 4,100 anggota pasukan polis simpanan untuk membantu dan angka itu akan bertambah sekiranya ada keperluan.
Beliau berkata dalam sidang media selepas penyampaian sijil penghargaan kepada anggota poilis dan penjawat awam di Bukit Aman, siang tadi.
Anugerah Kecemerlangan Polis tahun ini diberikan kepada 10,133 anggota polis dan kakitangan awam PDRM.
#Bukit Aman
#IGP
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#PDRM
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#polis
#PRU14
#rakyat