PDRM nafi Kuala Lumpur antara 10 bandaraya paling berbahaya di dunia

Astro Awani
Jun 21, 2013 08:50 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
Kenyataan di laman Facebook (PDRM) menyatakan dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai maklumat itu.
PDRM turut meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat berkenaan sebaliknya dinasihatkan merujuk terlebih dahulu dengan polis untuk kesahihan maklumat.
Menurut PDRM lagi, adalah perlu untuk warga Malaysia menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan maklumat dikongsi daripada sumber rasmi.
Berdasarkan statistik polis dari 2010 hingga 2012 PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus.
Pengurangan disebabkan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota.
#Kuala Lumpur #Polis Diraja Malaysia (PDRM)
;