PDRM nafi individu jadi sasaran ejen Israel dalam tahanan polis
Sinar Harian
April 7, 2024 17:23 MYT
April 7, 2024 17:23 MYT
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan individu yang menjadi sasaran lelaki ejen Israel ditahan baru-baru ini berada dalam tahanan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara tersebut adalah sama sekali tidak benar.
Beliau berkata, PDRM tidak mengesahkan laporan seumpama itu.
"Saya tidak sahkan ini (berita tersebut). Media itu guna sumber (daripada) mana ni?," katanya membalas mesej ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.
Terdahulu, sebuah agensi media mendakwa sasaran ejen Israel yang masuk ke Malaysia, Eran Haya berada dalam tahanan polis.
Laporan berita itu dibuat berdasarkan kenyataan daripada pihak sumber.
Ejen Israel, Shalom Avitan, 38, sebelum ini ditahan PDRM dilaporkan menyatakan berada di Malaysia kerana merancang membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, Eran Haya. -Sinar Harian