PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok

Bernama
Mac 29, 2023 07:00 MYT
PDRM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
PDRM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih," menurut kenyataan itu.
Akaun tersebut yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform.
-- BERNAMA
#PDRM #Ayob Khan #TikTok #media sosial
;