PDRM lancar sekatan jalan raya 24 jam di seluruh negara

Hakim Rahman
November 23, 2022 10:44 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam bermula malam tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik setiap daerah di seluruh negara dengan penugasan secara 24 jam bermula malam tadi,
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengadakan sekatan jalan raya ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan 'omnipresence' atau kehadiran polis.
"Langkah ini bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.
"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan lalu lintas atau sekatan pada waktu puncak dan siang hari," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya terutama di waktu puncak.
"Masyarakat tidak perlu bimbang untuk melakukan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan tahap keselamatan di seluruh negara adalah terkawal," katanya.
#PDRM #Ketua Polis Negara #Sekatan Jalan Raya #24 jam
;