Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan 'Portal Rasmi Kanak-Kanak Hilang'.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata portal ini dapat beri peluang kepada masyarakat untuk menyalurkan maklumat mengenai kanak-kanak hilang.

"Portal ini juga akan melihatkan data-data mengenai kanak-kanak Malaysia yang hilang sehingga hari ini. PDRM juga berharap portal ini jadikan masyarakat lebih prihatan dgn sekeliling mereka," jelas beliau dalam ucapan aluannya dalam Majlis Perlancaran 'Portal Kanak-Kanak Hilang PDRM di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Menurut Noor Rashid, dengan kewujudan portal ini, ia dapat meningkatkan peluang kanak kanak hilang dicari balik selain memberi kesedaran tanggungjawab keibubapaan terhadap kanak-kanak.

Tambah beliau beliau antara punca ramai kanak-kanak yang hilang adalah berikutan keadaan rumahnya yang berada dalam porak peranda.

Menurut Rashid, sejak 2013 sehingga Mei 2015, seramai 4,790 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dan 277 daripadanya masih hilang dan gagal dikesan.

Orang ramai boleh melayari laman portal http://knk2hilang.rmp.gov.my jika mempunyai sebarang maklumat untuk dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang.


Portal Kanak-Kanak Hilang' PDRM.

Portal Kanak-Kanak Hilang' PDRM.
Orang ramai boleh melayari laman portal http://knk2hilang.rmp.gov.my jika mempunyai sebarang maklumat untuk dilaporkan kepada pihak polis mengenai kanak-kanak hilang.


"Banyak sebab kenapa ramai kanak-kanak keluar dari rumah dan hilang. Antaranya kerana keluarga yang bermasalah, suka-suka ikut kawan yang kemudiannya kanak-kanak ini tidak balik rumah.

"Jarang kanak-kanak hilang kerana kecuaian ibu bapa ketika mereka keluar bersama.

Beliau turut mengeluarkan statistik kes berkaitan hingga Mei tahun ini dan menyasarkan semua kanak-kanak yang dilapor hilang ini ditemui kesemuanya,

"Bagi statistik kanak-kanak hilang di bawah 12 tahun jumlah kes adalah sebanyak 378 sejak tahun 2010 sehingga Mei 2015 dan setakat itu juga, seramai 374 sudah dijumpai dan 4 orang masih hilang," tambah beliau.

Beliau juga tidak menolak dakwaan jika kanak-kanak yang masih hilang ini mungkin terbabit dengan aktiviti pelacuran.

"Mungkin apabila kita membuat operasi di pusat-pusat hiburan dan pelacuran kita akan jumpa kanak-kanak ini, pihak polis tidak menafikannya.

"Polis juga meminta masyarakat untuk membantu pihak polis sekiranya mereka mendapat apa-apa maklumat mengenai kanak-kanak hilang ini," kata beliau.