PDRM, Astro kenal pasti premis perniagaan guna peranti haram

Astro Awani
Julai 5, 2023 00:30 MYT
Satu lawatan ke beberapa lokasi premis perniagaan di Klang Selatan mendapati masih ada yang menggunakan peralatan penstriman tidak sah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Astro terus memantau rapat premis perniagaan yang dikesan menggunakan peralatan penstriman secara tidak sah.
Ia bagi memberi kesedaran kepada premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan perkhidmatan berbayar seperti Astro dan lain-lain penyedia perkhidmatan secara tidak sah adalah suatu kesalahan.
Satu lawatan ke beberapa lokasi premis perniagaan di Klang Selatan pada Selasa, mendapati masih ada yang menggunakan peralatan penstriman tidak sah.
Aktiviti penstriman haram adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 43AA Akta Hak Cipta dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun ataupun kedua-duanya sekali
Sementara itu, pengarah syarikat juga boleh bertanggungjawab secara peribadi jika syarikat mereka terbabit dalam aktiviti yang dilarang seperti penstriman haram.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 10 Februari 2022 telah mula dikuatkuasakan mulai 17 Mac tahun ini.
#PDRM #Astro #Peranti tidak sah #penstriman haram
;