PdPR: Jangan kecam warga pendidik, berikut perkongsian pengajaran dalam talian berjalan lancar

Nursyazwani Saiful Sham, Afiezy Azaman
Januari 27, 2021 12:23 MYT
Prof Madya Dr Hamdan Daniyal ada menggariskan beberapa faktor utama bagi memastikan PdPR berjalan dengan lancar. - Foto ihsan UMP
KUALA LUMPUR : Kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) antara isu yang hangat diperdebatkan sejak ia bermula secara keseluruhannya 20 Januari lalu.
Walaupun ia sudah bermula sejak tahun lepas, PdPR ini disifatkan sebagai kelaziman baharu yang mencabar bukan sahaja kepada pelajar malah terhadap tenaga pengajar dan ibu bapa.
Ia memerlukan kerjasama dan peranan dari pelbagai pihak bagi memastikan anak-anak kita tidak tercicir dalam pelajaran.
Justeru itu, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal ada menggariskan beberapa faktor utama bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.
1) Ibu bapa dan pelajar diminta untuk tidak mengecam warga pendidik sekiranya berlaku sebarang kesilapan ketika PdPR terutamanya kaedah pembelajaran dalam talian.
2) Tenaga pengajar memerlukan sokongan dalam memastikan proses itu berjalan lancar. Penambahbaikan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.
PdPR jangan kecam guru, bantu permudahkan proses pembelajaran
3) Warga pendidik pula diminta untuk tidak mementingkan aspek teknikaliti proses PdP secara dalam talian.
4) Apa yang lebih penting adalah menerapkan kefahaman yang jelas kepada pelajar mengenai ilmu yang mahu disampaikan.
5) Bina kemudahan bagi memastikan PdPR secara dalam talian lebih menarik dan interaktif.
PdPR utamakan penyampaian ilmu dengan baik, sentiasa tingkatkan kualiti teknikal
6) Sentiasa bersangka baik terhadap proses PdPR yang bukan hanya tertumpu kepada kelengkapan gajet tetapi perubahan ‘mindset’ ke arah kelaziman baharu.
7) Amalkan TIS, test, improvise dan share dalam memastikan para pendidik terus maju ke hadapan dalam mencuba kaedah pembelajaran baharu.
BACA: PdPR: UMP cipta studio berinovasi mudahkan pembelajaran dalam talian
Ikuti temu bual penuh bersama Prof Madya Dr Hamdan Daniyal berkenaan studio berinovasi ini di bawah;
AWANI Pagi: Studio inovasi bukti kreativiti pendidik
#pengajaran dan pembelajaran #guru #pelajar #PdPR #Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah #COVID-19 #PKP
;