SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengajaran dan pembelajaran (PdP) berorientasikan masa hadapan perlu menjadi teras pendidikan tinggi nasional.
Berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara di sini malam ini, beliau berkata perubahan drastik terus berlaku dalam proses PdP pada semua peringkat pendidikan formal ketika ini, malah konsep 'Inisiatif Pembelajaran Masa Hadapan' tidak lagi menjadi sesuatu yang aneh di institusi pendidikan tinggi negara ini.
"Semakin ramai ahli sarjana Keluarga Malaysia, tidak kira usia dan kepakaran, masing-masing sedang meneroka dan mengaplikasikan teknologi PdP terkehadapan, agar mahasiswa kita tidak ketinggalan dengan arus pemodenan drastik dalam pendidikan tinggi yang melanda dunia.
Dengan cabaran yang dibawa oleh proses revolusi industri, masalah berkaitan pandemik global dan bermacam lagi tembok halangan, institusi pendidikan tinggi tempatan hari ini menjadi medan penentu jatuh atau bangunnya perantis ilmuwan masa hadapan negara," katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan memastikan usaha bersepadu dilaksanakan bagi menggalak peralihan kepada sistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel dan memenuhi kehendak industri.
Usaha bersepadu itu termasuk mempelbagaikan laluan pendidikan dan latihan, menawarkan program transdisiplin dan menyusun semula program sedia ada untuk menerapkan pendekatan yang lebih inovatif, katanya.
"Ia akan membolehkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menawarkan lebih banyak kurikulum yang fleksibel dan dinamik serta boleh dikemas kini dan disesuaikan mengikut permintaan industri," katanya.
Beliau berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diberikan penekanan penting dan dijadikan sebagai pilihan utama, bukan lagi pilihan kedua untuk pelajar yang tidak berjaya dalam bidang akademik.
"Daya tarikan serta kualiti penyampaian dan latihan TVET akan dipertingkatkan melalui penambahbaikan akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan.
IPT juga akan terus digalakkan untuk mempertingkat pendidikan keusahawanan bagi membudayakan nilai keusahawanan dalam kalangan pelajar," katanya.
Perdana Menteri berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus berusaha membangunkan bakat-bakat akademik dan melaksanakan inisiatif pembangunan kesarjanaan yang holistik.
"Bakat dan kesarjanaan ini pula perlu mencakupi kepelbagaian bidang ilmu atau pelbagai disiplin sebagai persediaan untuk menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar," katanya.
Beliau berkata ahli akademik juga perlu melengkapkan diri seiring dengan perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 yang memperkenalkan kaedah baharu dalam teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, internet mudah alih berkelajuan tinggi, analisis data raya (BDA) dan Internet benda (IoT) yang akan memberi kesan kepada pendidikan dan latihan.
"Peranan ahli akademik amat penting bagi menyiapkan Keluarga Malaysia khususnya generasi muda untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi pada 2025 seperti mana yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.
"Kerajaan sentiasa mendukung usaha-usaha ke arah menggilap bakat ahli-ahli akademik tempatan melalui pelbagai aktiviti termasuklah pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan, penyelidikan, penulisan ilmiah dan penulisan media massa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Anugerah Akademik Negara (AAN) ke-14 malam ini. - Foto BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.