PDAM tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang kenaikkan harga minyak

Astro Awani
September 4, 2013 11:27 MYT
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang kenaikkan harga minyak yang memeranjatkan negara baru-baru ini.
Timbalan presidennya Datuk Abu Samah Bachik berkata kenaikkan itu akan memberi kesan kepada pengusaha kerana mereka terpaksa menyediakan modal pusingan untuk operasi harian.
Beliau berpendapat kerajaan tidak boleh meningkatkan harga minyak secara mendadak tetapi haruslah beransur-ansur.
“Kerajaan juga mesti beri pertimbangan kepada kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha,” katanya lagi.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#Datuk Abu Samah Bachik #minyak #Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia
;