PCM buat laporan SPRM minta siasat 101 projek perolehan rundingan terus ketika pemerintahan PH

Astro Awani
Ogos 25, 2020 15:49 MYT
Naib Presiden PCM, R. Muralitharan (kiri) hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membuat laporan 101 projek perolehan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus. - Gambar BERNAMA
Parti Cinta Malaysia (PCM), hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkenaan pendedahan 101 projek perolehan bernilai RM6.61 bilion yang ditawarkan secara rundingan terus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden PCM, R. Muralitharan berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan salah laku dan salah guna kuasa oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana rundingan terus itu diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
SPRM juga digesa menyiasat prosedur kelulusan dan kelayakan syarikat terbabit dalam melaksanakan projek berkenaan, katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat mengenai 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus yang diluluskan oleh PH sepanjang 22 bulan mentadbir negara.
BACA: Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion
Jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut. - BERNAMA
BACA: Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
#Dewan Rakyat #kerajaan #Lim Guan Eng #Pakatan Harapan #PCM #projek #rundingan terus #siasatan #SPRM
;