Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengalami kerugian hasil pendapatan kira-kira RM5 juta ekoran perkhidmatan kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera yang ditutup selama hampir dua bulan.
Pengoperasian pusat pelancongan popular di Pulau Pinang itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu bermula 5 Nov lalu, susulan kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda pulau itu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kereta api kabel Bukit Bendera kembali dibuka kepada orang ramai seawal jam 6.30 pagi hari ini selepas kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut selesai dilaksanakan.
Katanya, ia dibuka semula kepada orang ramai selepas pihaknya berpuas hati dan yakin dengan tahap keselamatan perkhidmatan tersebut walaupun kerja-kerja pemulihan masih berjalan ekoran beberapa lokasi runtuhan yang masih belum dibaiki sepenuhnya.
"Tempat-tempat yang belum 100 peratus dibaiki bukan tempat yang dilawati pelancong. Sebaliknya, ia adalah tempat-tempat kediaman peribadi atau swasta.
"Bagi kawasan-kawasan yang dikunjungi pelancong, ia adalah 100 peratus selamat. Ini adalah syarat atau peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri," kata Guan Eng selepas merasmikan pembukaan semula perkhidmatan kereta api Bukit Bendera di sini, hari ini.
Menurut Guan Eng, sebanyak 194 kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Bukit Bendera yang menyebabkan perkhidmatan itu tergendala.
Kejadian tersebut menghalang bukan sahaja laluan ke kediaman tetapi juga laluan jip, jalan utama ke bukit itu.
Kerja pemulihan dan pembaikan tertumpu kepada tiga kawasan utama iaitu landasan kereta api kabel, kawasan di kemuncak dan laluan jip dari Kebun Bunga.
Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas banjir selepas angin kencang dan hujan lebat melanda negeri itu pada 4 dan 5 Nov lepas menyebabkan Lim merayu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
Banjir itu mengorbankan tujuh nyawa, dan angin kencang serta hujan lebat merosakkan hartanah selain mengakibatkan pokok tumbang di beberapa kawasan.
Sementara itu, Pengurus Besar PBBPP Cheok Lay Leng berkata, susulan kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, proses pembersihan dan pemulihan dijalankan PBBPP dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan sukarelawan.
Mengenai kerja-kerja pemulihan yang masih belum siap sepenuhnya dan kawasan yang perlu dibaik pulih, Cheok berkata: “PBBPP akan bekerja keras bersama-sama agensi persekutuan dan agensi kerajaan negeri untuk memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat."
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Dec 30 2017

Orang ramai berbaris untuk menaiki kereta api kabel menuju ke Bukit Bendera untuk menikmati pemandangan 'Pulau Mutiara' hari ini. - fotoBERNAMA

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak RM22 bilion laksana projek RTB di seluruh negara - Ahmad Zahid
Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 bilion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.