Kerajaan akan menubuhkan Gabungan Khusus Sektor Industri yang dianggotai semua penggiat utama dalam sektor awam dan swasta untuk mewujudkan tindakan bersepadu bagi memerangi rasuah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata pendekatan itu, yang pada peringkat awalnya disasarkan kepada sektor berisiko tinggi seperti pembinaan dan pengangkutan, akan memberi tumpuan terhadap sektor lain kemudiannya.
"Kami akan beri tumpuan secara sektor demi sektor dan usaha memerangi rasuah akan dikembangkan kepada semua industri, terutama industri yang paling berisiko berlakunya penyelewengan.
"Kami akan dapatkan komitmen semua pemegang kepentingan, dengan mula-mula sekali memastikan mereka tidak terlibat dengan amalan rasuah," katanya.
Low berkata demikian pada Perbincangan Meja Bulat Antarabangsa CISM (Sistem Integriti Korporat Malaysia) bersama Partnering Against Corruption Initiative - Forum Ekonomi Dunia, di sini hari ini.
Perbincangan itu turut disertai Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Mohd Tap Salleh dan pengerusi Partnering Against Corruption Initiative (PACI) - Forum Ekonomi Dunia Elaine Dezenski.
Low berkata selain diwajibkan menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP), syarikat terbabit juga digalakkan menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (CGI) untuk memastikan wujudnya pelaksanaan yang berkesan dan berterusan, terutama dalam syarikat besar.
Katanya setakat ini, 260 syarikat menandatangani CIP dan beliau berharap lebih banyak syarikat akan berbuat demikian.
Low berkata CIP boleh membantu menarik lebih banyak pelaburan asing kerana ia meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.
Kata Low beliau yakin rasuah boleh dicegah jika masyarakat menolak perbuatan keji itu.
Bernama
Fri May 31 2013
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Etiqa anjur saringan serviks percuma untuk wanita di Lawas
Program Khidmat Masyarakat (CSR) ini dianjurkan bagi membolehkan golongan wanita kategori B40 dan kurang berkemampuan menjalani saringan ini secara percuma malah menggunakan inovasi terkini.
Transkrip penuh sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ini transkrip penuh sidang media Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang berlangsung di ibu negara pada Selasa (22 Mei 2018).
PSMB, INTEGRITI meterai MoU tingkatkan integriti syarikat
Trend analisis yang kita ada daripada data yang dikumpulkan membantu kita untuk wujudkan penyelesaian yang lebih baik.
SPRM selesai siasatan kes libatkan Pengerusi MARA - Paul Low
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.
Kerajaan akan kenal pasti kelemahan pengurusan Felda - Paul Low
Cadangan itu juga mungkin melibatkan penukaran individu yang memegang jawatan strategik dalam Felda.
JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan dana politik.
NGO serah memorandum 1MDB kepada JPM
Beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, menggesa tindakan segera mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui satu memorandum bersama.
1MDB: SPRM tumpu siasatan ke atas SRC International - Paul Low
Datuk Paul Low berkata pihak SPRM telah menghubungi ahli perniagaan Low Taek Jho bagi menetapkan tarikh untuk menyoal siasatnya.
Kerajaan perlu wujud badan bebas kawal dana politik - Gerakan
Ia merupakan antara cadangan yang terkandung dalam memorandum yang akan dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low pada minggu hadapan.
Paul Low hadiri upacara penghormatan terakhir mendiang Morais
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan malam tadi menghadiri upacara penghormatan terakhir mendiang Anthony Kevin Morais di Nirvana Memorial Centre di Sungai Besi di sini.